welcome to my world baby :)
welcome to my world :)

Thursday, June 10, 2010

lagenda budak setan(LBS)


Kasyah tidak sesetan di dalam novel. Dan ini ada kaitan dengan perubahan jalan cerita. Dalam novel Kasyah nakal ketika di sekolah. Tetapi di dalam filem-cubaan Kasyah menjadi setan di universiti tidak menjadi. Yela, kenakalan di sekolah tidak sama di universiti. Bila kenakalan di sekolah macam taruk cicak, bagi surat cinta tu dilakonkan dalam konteks universiti- ia jadi lain. Malah remeh sangat. Bagi aku inilah kegagalan paling terbesar di dalam filem ini. Bagi mereka yang tak baca novel- pasti berasa hairan, apa setannya Kasyah ni?

Bagaimanapun, plot cerita seterusnya di mana Kasyah pergi sambung belajar, Ayu kahwin dengan Azmi, Ayu eksiden lalu menjadi Emilia, Katerina muncul menceriakan Kasyah dan Ayu meninggal ketika melahirkan anak digarap dengan baik.

Ketika filem ini tiba di penghujungnya, watak kasyah sebagai pencinta sejati mula terserlah. Dengan bermacam dugaan- dari dikecewakan Ayu, Ayu lupa ingatan hinggalah Ayu meninggal- Kasyah tetap berpegang pada cintanya. Inilah dia 'killer' di dalam novel Lagenda Budak Setan di mana seorang 'setan' menjadi pencinta setia. Aku rasa sentimen ini dirasai oleh kebanyakan penonton. Kalau ada pun aspek yang menyelamatkan filem ini tidak lain dan tidak bukan ianya penderitaan Kasyah.

0 comenromen:

Post a Comment